Friday, June 7, 2013

KJ: SAYA BERSIH RASUAH POLITIK...TIADA SIAPA BERHAK PERTIKAI!!

Ramai kalangan yang menentang dan tidak bersetuju dengan ura-ura DS Najib mahu melantik DS Ali Rustam sebagai Setiausaha Agung UMNO atas alasan tidak mahu lagi UMNO dilihat masih berimej dan mengamalkan rasuah politik wang.

Suara ini juga turut mempertikaikan Tan Sri Mohd Isa, jika beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO disebabkan masalah dan imej yang sama kerana pernah digantung  3 tahun penuh sebagai Naib Presiden UMNO pada 2004 di atas kehendak Pak Lah secara peribadi.

Suara penentangan ini dilihat begitu prihatin dan tidak mahu imej UMNO tercemar kerana masih memberi tempat kepada pesalah-pesalah politik wang di dalam parti mahupun kerajaan.

Habis, kalau begitu apa langkah yang mahu dibuat terhadap Khairy Jamaludin?

Lembaga Disiplin UMNO telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap KJ sepertimana juga DS Ali Rustam. Cuma bezanya DS Ali Rustam digugurkan dan hilang kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden, manakala KJ hanya diberi amaran walaupun kesalahan beliau lebih prima facie dari kesalahan DS Ali Rustam. Ini juga di atas kehendak Pak Lah secara peribadi yang "mentalipon" sendiri dari Jakarta supaya lembaga disiplin membenarkan KJ bertanding.

Khairy telah memenangi jawatan Ketua Pemuda melalui politik wang walaupun "hukuman amaran" telah dijatuhkan kepada beliau. Pada malam pertandingan, hanya perwakilan yang berdampingan dengan saya saja, "yang saya tahu" telah menolak mentah-mentah habuan ribuan ringgit yang mahu diserahkan kepada beliau oleh agen Khairy.

Habuan yang besar ini berupaya mengubah pendirian perwakilan. Jika setakat habuan tiga empat ribu, perwakilan masih boleh berfikir secara waras untuk memilih pemimpin. Tapi jika habuan yang diberi mampu dijadikan modal untuk membuka "3 Stall burger", ia boleh memberi kesan yang cukup besar kepada perwakilan kerana ia mampu mengubah masa depan keluarga mereka. 

Apakah amalan rasuah politik KJ ini tidak akan menjejaskan imej UMNO? 

Apakah rakyat di luar sana akan benci pada UMNO jika Presiden Najib lantik Ali Rustam, dan akan buat tidak kisah jika KJ terus diangkat di dalam hairaki parti dan kerajaan?

Kalau nak bersihkan imej UMNO bersihkan betul-betul. 

Kalau sudah berjunub hukumnya "wajib mandi hadas besar", tidak kira samada junub yang dilakukan itu secara halal atau pun secara haram.

Kenapa rasuah politik wang Ali Rustam dianggap haram dan dilarang terus dari diberi sebarang tanggungjawab dan jawatan, tapi rasuah politik wang KJ dianggap harus dan tidak perlu dimandi wajibkan?

2 comments:

  1. rasuah bukan setakat wang ringgit....

    ReplyDelete
  2. Dah jd menteri pun dia...apo nak di kato Sdr KK oii...Hajat hati para pengipas..kut kut lah jawatan Boss mereka pun tak di pertandingkan.

    ReplyDelete