Thursday, June 20, 2013

KJ: TAN SRI MUHYIDDIN PERLU JAWAB!!

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan agar kerajaan menjenamakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjadi sekolah pengajian bahasa yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Katanya, SJK wajar dijadikan sekolah kerajaan yang masih mengekalkan aspek fizikal, namun mengutamakan pembelajaran berkaitan bahasa ibunda berbilang kaum di negara ini.

"Kalau kita bercakap tentang polisi pelajaran, kini ada tiga aliran iaitu sekolah swasta, sekolah kebangsaan dan SJK. Tetapi apa peranan SJK? Apa keperluan tentangnya?

"Saya cadangkan SJK ditukar kepada sekolah di mana kita boleh belajar bahasa. Apa sahaja telah sekolah kebangsaan sediakan, SJK tidak perlu lagi menyediakannya, semua orang akan pergi ke sekolah yang sama. Ini boleh memupuk perpaduan," katanya.

Mohd. Noor dalam pada itu berkata, kewujudan SJK sebenarnya tidak selari dengan Artikel 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sambil mempersoalkan dasar pendidikan yang membenarkan sistem persekolahan vernakular wujud di negara ini, Mohd. Noor berkata, dasar itu sebenarnya memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kenapa adakan sekolah berasingan untuk masyarakat? Penyatuan sudah pasti akan berlaku apabila semua rakyat Malaysia pergi ke sekolah yang sama kerana tiada lagi jurang perbezaan antara pelbagai kaum", katanya.

Beliau berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, kewujudan SJK merupakan satu bentuk diskriminasi kerana memberikan keutamaan kepada kaum tertentu sahaja, namun tidak memperoleh kelebihan kepada komuniti lain.

"Bagaimana pula dengan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai keturunan?," soal beliau.

Oleh kerana itu, Mohd. Noor menegaskan adalah penting sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan diwujudkan di negara ini.

Komen Kepal Nasi;

Kepal Nasi sudah keluarkan 2 artikel khusus berkaitan "diskriminasi dalam pendidikan" dan "penyalahgunaan dana Kementerian Pendidikan" yang telah menyalurkan lebih RM3 billion peruntukan yang tidak layak diterima kepada SJK.

Kerap kali permohonan dana oleh pusat pendidikan khas swasta samada melalui MOE ataupun JPM/EPU tidak pernah dilayan di atas alasan tiada peruntukan diberi bagi tujuan belanja operasi mahupun belanja pembangunan infra.

Tetapi, SJK yang hanya layak menerima bantuan modal, iaitu berkaitan belanja pengurusan murid sahaja, berdasarkan Akta Pendidikan 1961(pindaan)1996 telah diluluskan peruntukan pembangunan Infrastruktur dengan jumlah berbillion RM.

Apakah Audit Negara tidak menyedari "salahlaku" perbelanjaan luar biasa yang telah diamalkan oleh Kementerian Pendidikan selama ini?

Penyalahgunaan peruntukan ini berlalu begitu saja, malah wujud pula  persepsi yang menuduh pihak kerajaan telah meminggir dan masih mendiskriminasi SJK-SJK yang wujud hari ini.

MOE juga turut melakukan kesalahan dengan membenarkan pembukaan SJK yang baru seperti di Damansara sedangkan dari segi Akta pendidikan, tidak dibenarkan pembangunan SJK-SJK baru. SJK hanya layak untuk permohonan memindahkan lokasi SJK sediada sekiranya SJK tersebut berstatus "kurang murid".

Kenapa kerajaan terlalu memberi muka kepada Sekolah Vernakular dengan memberi "exemption" terhadap semua peraturan dan akta yang wujud ini? Apa istimewanya sekolah vernakular sehingga "ditalak" sebegitu rupa?

Siapa yang berani menyuarakan perkara ini? Pemuda UMNO? Poodah!! Pemuda telor setengah masak!

4 comments:

  1. Tutup saja SJK jika hendakkan perpaduan............

    ReplyDelete
  2. nak duit dari kerajaan, kenalah ikut dasar pendidikan Negara.

    ReplyDelete
  3. TS Muhyidin akan kata "KITA AKAN PERTIMBANGKAN........................!!"

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu jawapan bos kem. pendidikan. Nak tengok dia cerdik atau tidak. Sama2 kita tunggu. Kita tengok siapa nak ajar siapa? Anak jantan ke betina.

    Orang padang besar

    ReplyDelete