Hingga kini kerajaan pimpinan DS Najib masih menjalankan pentadbiran "business as usual". Sebelum dan selepas PRU sama saja. Cuma selepas PRU tidak lagi buat roadshow Janji Ditepati. Lain-lain semua sama.
Omar Ong masih seperti dulu. Tony Fernandez, Azman Mokhtar dll semua macam biasa. Nor Mohamad Yakcop walaupun tidak lagi jadi Menteri JPM, dia sudah jadi orang no.2 selepas DS Najib dalam GLC bila dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional.
PEMANDU dan Idris Jala juga sehat walafiat macam biasa.
Kesimpulannya, segala polisi ekonomi kerajaan, tadbir-urus GLC dan lain-lain polisi pentadbiran DS Najib kekal, tiada apa-apa perubahan. Cuma harga rokok naik sikit. Lain taada apa.
Itu dalam ekonomi, polisi dan corporate governance.
Dalam hal politik pun sama. Business as usual. Baik dalam UMNO mahupun dalam komponen, kecuali MCA ada hal sikit. Lain-lain semua sama. Dalam UMNO macam biasa. Demokrasi masih subur. Cuma 2 jawatan tertinggi saja yang tak sesuai dipertandingkan. Lain-lain tu sesuai belaka nampaknya.
Cara kerajaan address isu yang ditimbulkan pembangkang juga masih sama. Cuma ada nampak sikit perubahan dalam pendekatan PDRM dan KDN. Mungkin kerana dua-dua badan ini dipimpin oleh tenaga dan pimpinan baru. Yang lama dulu semua orang tahu kan?
Kerajaan masih lagi business as usual. Bertindak secara reaktif dalam berhadapan dengan karenah pembangkang. Tindakan tangkapan sudah nampak sedikit ketegasan. Cuma masalahnya PDRM sudah banyak kehilangan senjata. Semua jenis "senjata akta pencegahan" sudah dicabut dari PDRM atas nasihat Omar Ong. SOSMA pembangkang tak takut.
Di pihak badan kehakiman pula masih jelas "directionless". Takut-takut agaknya. Nak cari Peguam Negara sebaik TS Abu Talib Othman mungkin sudah tiada lagi. Peguam Negara sekarang eloklah pencen. Menghabiskan beras bertan-tan beri makan pendemo.
Alarm button atau "alat penggera" BN mungkin sudah rosak dan tak berfungsi. Ataupun belum berbunyi-bunyi lagi. Mungkin gara-gara "business as usual" agaknya.
Pejam celik, pejam celik dah sampai PRU14. Lawan balik macam biasa. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam. Kalau menang, macam biasalah pimpin kerajaan balik sampai PRU15 pulak. Kalau kalah pula nak buat macam mana. Kehendak rakyat. BN kalah sebab rakyat terperangkap dan tertipu dengan fitnah pembangkang. Kalau tak kerana rakyat termakan fitnah pembangkang, mungkin BN menang lagi. Apa boleh buat. Terimalah.
Sekianlah al-kisahnya. Mudah saja urus negara ni. Apa nak pening-pening kepala.
Betul sangat cakap tuan. Memanglah business as usual. Sama jelah macam MB tuan yang sebelum ni hari2 keluar news sampai kita pun naik loya tengok muka dia tapi sekarang dah takde lagi dah. Sibuklah pulak sekarang ni nak dapatkan balik ROI berbelanja untuk media dan memastikan calon pilihan dia untuk bertanding. Biasalah tu. Memang dah jadi resam umno. Tak mungkin berubah dan berentilah harap perubahan. Lepas ni pemilihan umno pulak dan untuk pastikan keadaan kekal, yang berkepentingan semua sedang giat memastikan jawatan presiden dan timbalan tidak akan dipertandingkan. Semuanya untuk pastikan mereka yang berkepentingan akan ada 5 tahun lagi untuk menyamun. Lepas 5 tahun ...pergi lantaklah.
ReplyDeleteTerbaik sindiran, mengena..tapi adakah Najib sedar tindakan dia ni? ?
ReplyDeletePM Najib has no balls. Absolutely!
ReplyDelete