Monday, July 22, 2013

DS HISHAMMUDDIN MUNGKIN MENANG VP LAGI!!

DS Ahmad Zahid sudah. DS Shafie Afdal pun sudah aumum untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandang.

Kita masih menunggu DS Hishamuddin pula mengumumkan samada untuk turut mempertahankan jawatan atau pun sebaliknya.

Format pertandingan sudah berubah. Jika dulu calon-calon hanya perlu menumpukan kepada 2500 perwakilan, kini dengan format baru mereka terpaksa pula menggerakkan kempen mereka hingga ke 19 ribu cawangan seluruh negara. 

Perwakilan dari 19 ribu cawangan yang berjumlah 145 ribu orang dari 191 bahagian akan diberi mandat untuk memilih kepimpinan MKT. 

Dengan 2500 perwakilan pun seseorang Ketua bahagian begitu sukar untuk mengawal dan menentukan undi G13, apatah lagi untuk mengawal berpuluh ataupun beratus-ratus cawangan yang berada di bahagian mereka.

Tapi pemimpin-pemimpin UMNO memang diakui, mereka sangat mahir berhadapan dengan apa juga format pemilihan dalaman parti. Buatlah macam mana pun, mereka tetap ada cara dan pendekatan bagi mengakses dan mendapatkan sokongan perwakilan untuk jaminan kemenangan mereka.

Cara jual nama presiden, jual nama Menteri dan Menteri Besar, larikan perwakilan, gunakan agensi-agensi di bawah jagaan mereka, tawaran projek dan jawatan, ikat perwakilan melalui ketua cawangan merangkap JKKK, dan pelbagai lagi kaedah yang luar kotak pemikiran ahli biasa, mereka boleh lakukan.

Jika perwakilan dari 19 ribu cawangan ini hanya ikut dan sokong saja nama-nama pemimpin yang di endorse oleh Ketua Bahagian, maka mudahlah kerja calon-calon ini. Mereka hanya perlu jaga Ketua Bahagian dan orang-orang ketua bahagian. Jika majoriti dari 191 Ketua Bahagian ini berpengaruh di peringkat cawangan, maka semakin tinggilah nilai atau harga diri seseorang Ketua Bahagian pada pandangan calon-calon yang bertanding.

Politik wang tak mungkin terhapus, malah dengan format baru ini calon-calon perlu "lipatgandakan" budget politik wang. Maklumlah, dulu setakat budget untuk beli 2500 undi saja. Sekarang nak beli 19 ribu ketua cawangan pula. Itu pun jika perwakilan cawangan taat dan ikut saja kehendak Ketua Cawangan. Jika perwakilan cawangan pun sudah "masuk angin", ketua cawangan pun akan hilang kawalan.

Melalui format lama dulu telah membolehkan perwakilan G13 kenal apa itu politik wang dan akhirnya mereka penyakit ketagih wang, maka dengan format baru ini nanti, budaya "ketagih wang calon-calon MKT" ini akan menular hingga ke 145 ribu perwakilan cawangan pula.Dulu orang cawangan ini hanya "dengar" perwakilan KL dapat banyak wang. Sekarang mereka sendiri sudah ada hak mengundi calon MKT. Jadi mereka pun mahu cuba macam mana rasanya dapat wang calon MKT.

Jika dulu wang calon-calon MKT hanya berlegar di kalangan 2500 perwakilan sahaja kali ini wang calon-calon ini akan berlegar dan turun hingga ke grassroot.

Yang paling beruntung ialah broker-broker pemegang dana, khususnya Ketua-ketua Bahagian. Malah Ketua-ketua bahagian dan calon yang mahu lawan ketua bahagian juga pasti akan bersaing di antara satu sama lain untuk mendapatkan dana dari calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan calon-calon MKT.

Dana yang berjaya dikutip dari calon-calon ini akan mereka gunakan untuk membolehkan mereka bertanding dan mendapat kemenangan dan menyelamatkan diri mereka terlebih dahulu di bahagian-bahagian.

Akan muncul ramai calon-calon yang mengaku "mereka proksi calon-calon" MKT tertentu yang menawarkan diri bertanding samada jawatan Ketua Bahagian, Tim. Ketua Bahagian, dan Naib hinggalah ke AJK bahagian. 

Mereka akan bertanding tanpa mengeluarkan duit poket sendiri. Kos mereka bertanding akan ditanggung melalui kebijaksanaan calon-calon bahagian ini mendapatkan dana dari calon yang bertanding di peringkat pusat. Pandai mereka convince dan gelembong calon MKT, banyaklah dana mereka akan dapat.

Keadaan akan menjadi sangat meriah kerana dana pusingan modal akan bergerak lebih aktif dan menyeluruh berbanding dengan pertandingan mengikut format lama.

Dengan format baru yang bakal menyebabkan pertandingan MKT menjadi lebih meriah dengan keghairahan wakil cawangan untuk merasa wang calon-calon MKT, tidak mustahil DS Hishamuddin juga akan berjaya mempertahankan jawatannya sekali lagi, walaupun pada perkiraan secara umum secara konsensus mengatakan DS Hishamuddin memang tiada kelayakan langsung untuk duduk di kerusi Naib Presiden.

....bersambung.

6 comments:

  1. Hi promote DSH nampak !! tapi yang pasti kita tidak akan bagi undi kepada orang yang lembut lutut , memalukan melayu , cabut keris sarung balik , kena tempeleng dengan rakan kongsi Bn minta maaf ... perlukah kita promote orang macam ini yang tdiak tahu menjaga melayu.

    Cuba tanya sejak dulu lagi jika DN tidak jadi PM dimana DSH sekarang !!!

    Apa pun suak hati gua siapa yang gua akan beri undi , jika pelincir nya enak bak kata orang seberang ' ngak apa pak'

    ReplyDelete
  2. Ramai penyokong UMNO dan pemerhati politik yang pro-UMNO sebulat suara berpendapat Hishamuddin dah tak layak untuk duduk dimana-mana jawatan tertinggi UMNO. Hishamuddin gagal sebagai menteri, dari dulu sampai lah sekarang. Semasa Hishamuddin jadi menteri KDN beliau telah banyak menyumbang kepada kegagalan mengawal keselamatan dan keamanan Negara dari tekanan pihak pembangkang dan NGO2 pro-pembangkang. Hishamuddin banyak retorik dan sibuk dengan statistic KPI, NKRA, which actually contradict the true situation on the ground. Abolishment of security tools such as ISA and other preventive laws, create a mess to state of security. In other words, Hishamuddin has FAILED!!! If traced back to his tenure as Minister of Education, there were many waste and failed policies. So, kalau nak elak malu, Hishamuddin jangan bertanding sebagai VP. Tolong lah....UDAH LAH Hisham OOiii. Harap-harap pejabat PM jangan lah membantu Hisham untuk menang dan benih laluan Hisham jadi TP pulak.

    ReplyDelete
  3. niaga orang lebih untung dari niaga unta.

    ReplyDelete
  4. Kalaulah Hisham bertanding dan menang VP...bukan dia yang bangang tetapi pengundi yang memilih dia yang bangang habis

    ReplyDelete
  5. Hishammuddin is a non-performer. Dia tidak layak memegang apa-apa jawatan penting pun. Ahli UMNO mesti tunjukkan kebijaksanaan dan kematangan dalam memilih pemimpin-pemimpin Melayu yang memang betul-betul berkaliber dan boleh menjadi kebanggaan rakyat. Walaupun kami bukan ahli UMNO, tolong jangan hampakan harapan kami, rakyat yang pro-UMNO.

    ReplyDelete
  6. Xpyhla hisham tu..xder ape yg die pandai ponnn...harap atas nama "sepupu" jerr n jual bin kat belakang nama die tu...nampakla layak skit...xdo apo lahhh!

    ReplyDelete