Tun Musa Hitam ibaratkan tindakan Tun Mahathir seperti duri dalam daging yang sudah terkeluar. Ahli umno perlu menerima realiti bahawa konsep 'mahathirisme' sudah berlalu dan umno harus balik kepada konsep Bersih Cekap dan Amanah.
Shahrir Samad pula berkata ia sebagai satu tindakan yang mengelirukan ahli-ahli umno.dan bercanggah dengan konsep musyawarah dalam menyelesaikan masalah parti. Kalau benar beliau ingin memperkukuhkan parti, beliau sepatutnya melakukan dari dalam dan bukan di luar parti.
Tengku Razaleigh berkata, Dr Mahathir mungkin telah mengambil kira pelbagai faktor berdasarkan pengalaman dan keadaan semasa. Tambah beliau lagi, tindakan itu dilakukan mungkin setelah melihat desakan-desakan beliau supaya PM meletak jawatan tidak diendahkan.
Ketiga-tiga mereka pernah bermusuh dengan Tun Mahathir. Jika dianalisa dari komen-komen yang mereka berikan, ternyata sifat dendam kesumat Tun Musa Hitam masih membara, seperti hanya menunggu peluang untuk dilepaskan.
Manakala Dato Shahrir Samad pula kelihatan begitu konsisten prinsip perjuangannya, tetapi sayang prinsip itu hanya diamalkan apabila berhadapan dengan Tun Mahathir. Prinsip beliau tidak boleh dikrompomi hanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan Tun Mahathir sahaja. Tetapi konsistensi prinsip perjuangannya 'lintang pukang' apabila berhadapan dengan Pak Lah. Beliau hanya membutakan mata dan hati serta memekakkan telinga dengan kesilapan dan kelemahan-kelemahan ketara kepimpinan Paklah. Demi apa dan untuk apa hanya beliaulah yang mengetahuinya.
Logiknya, Ku Li yang lebih patut berdendam terhadap Tun Mahathir kerana beliaulah yang lebih banyak menerima tempias dari permusuhan dengan Tun Mahathir berbanding dengan Musa dan Shahrir.
Kalau penentangannya terhadap Mahathir dulu adalah disebabkan berbeza pandangan dan pendekatan terhadap dasar dan perlaksanaan yang di bawa oleh Mahathir kerana konsep Mahathirismenya, kenapa pula ‘kembar sekesumat’ ini tidak dapat langsung melihat segala kelemahan dan kesilapan pentadbiran Pak Lah? Apakah memang tidak ada langsung kelemahan dan kesilapan kepemimpinan di zaman Pak Lah sehingga tiada langsung pandangan kritikal dan analatikal dari ‘kembar sekesumat’ ini?
'Sikembar sekesumat' ini terus-terusan tidak bersetuju dengan Mahathir dalam keadaan di mana kerajaan Barisan Nasional pimpinannya sentiasa terbukti kuat, tetapi sebaliknya terus-terusan menyokong dan terus menyokong setiap dasar dan pendekatan Pak Lah walaupun kuasa dan masa depan umno dan Barisan Nasional menjadi taruhan.
Apa yang dilihat adalah, mereka sebenarnya yang lebih terkeliru dan bias dengan ‘konsep Badawisme’ yang di bawa oleh Pak Lah.
Ku Li nampaknya jauh lebih ‘berjiwa besar’ dari mereka dan tahu membezakan di antara dendam kesumat dan perjuangan sebenar. Tahu membezakan di antara sebuah ‘perjuangan besar’ untuk bangsa dan negara dan perjuangan ‘sekelumat peribadi’. Tahu yang mana harus diutama dan dikebelakangkan.
Sebahagian besar generasi se zaman dengan saya tidak tahu siapa mereka bertiga ini sebenarnya. Cuba-cubalah melihat kembali profile dan rekod perjuangan mereka untuk negara. Mungkin akan ada jawaban untuk kita jadikan panduan di dalam krisis yang berlaku hari ini.
Salam.
these leaders are living on borrowed times ..do not bother about their track record as there are none ..
ReplyDeletethe way to move foward is for all of us to work together and remove the existing leadership ..
'hidup Dato Mukriz and his supporters'
tq bro atas jemputan ke blog ini. artikel2 yang sangat menarik. aku sedang cuba mencari rasional semua tindakan2 paklah dan kesannya dikemudian hari. aku sangat berharap kata2 seseorang padaku sebelum ini bahawa pemikiran paklah agak berbeza dengan orang lain, dan mungkin ia merupakan perkara yang baik untuk bangsa Melayu. moga dia tidak dibawah pengaruh orang luar dlm apa jua tindakan yang diambil.
ReplyDeleteBrader,
ReplyDeletePemimpin UMNO perlu sedar bahawa:
1. Melayu yang diperjuangkan sekarang oleh pemimpin UMNO adalah untuk melayu dalam empayar masing-masing dan tidak untuk kemua bangsa melayu.
2. Gambaran yang disuapkan kepada Pak Lah oleh pemimpin UMNo negeri bukanlah gambaran sebenar tetapi merupakan gambaran nak menyedapkan Pak Lah.
3. UMNO telah digunakan oleh sesetengah melayu untuk menjadi periok nasi untuk mengaut kekayaan diri sendiri, kelaurga dan member rapat.
4. Dan tidak luma juga, the KJ factor
4 main factors above are the true reasons why UMNO failed in 5 states and should be enough to open Pak Lah's eyes that they malays have had and tolerated enough with these factors.
Musa was asked to resign by Dr.M, Shahrir Samad is more of Pak Lah's camp rather than Dr. M and Ku Li, well, he was at one time an open advesary to Dr M thru Semangat 46. No way would they ever agree or support Dr M leaving UMNO as a mark of protest. Their comments are of course, expected.
Dr. M is trying to make a point that Anwar's threat is eminent and should not be taken lightly by UMNO. UMNO must unite to counter Anwar. To do so, UMNO must become relevant. Currently, malays do not see UMNO representing and fighting for malays as what it had done previously. Majority no longer trust the leadership as wrong strategies, candidates were opted during the last PRU.
UMNO leadership must be revamped. UMNO needs intelligent and brilliant leaders...not 'yes man' and 'yes Dato Seri' people. UMNO needs leaders who can wisely advise the President of the Party...be brave enough to say this is right but that is wrong.
tq kerana bro sudi singgah di blog saya.saya setuju dengan pendapat bro.tahniah di atas keberanian bro dan 2 lagi rakan exco untuk memberi sokongan pada mukhriz.tp mana exco yg lain?x kan 3 orang je.nasihat la mereka untuk berani suarakan kebenaran.(suaraperubahan)
ReplyDeleteBagus tulisan adik si aspan.
ReplyDeleteBrader, I've just put you on my blogroll at the request of boy.
Salam,
ReplyDeleteRealiti politik sebenarnya, yang kawan boleh jadi lawan dan yang lawan boleh jadi kawan sebab politik "there are no permanent friends or permanent enemies, there are only permanent interests..".
Pluto pernah berkata, "politic is about what u want it, when u want it, how u want to get it..".
Wasalam.
salam bro..dgr cite Datuk Seri Hisham cukup marah dgn bro n rakan2.walau apa yg berlaku saya yakin pendirian bro n rakan2 x kan berubah.teruskan perjuangan.setia kita pada parti bukan pada kepimpinan yang lemah.Salam suaraperubahan.
ReplyDelete