Monday, November 30, 2009

BTN - BIRO TANAM NUAR

Biasa di tempurung di bawa ke dulang. Biasa pada kita di bawa ke orang. Kebiasaan buruk kita tapi dituduh orang lain lakukan.

Itulah kesimpulan yang boleh dilabel kepada Anwar Ibrahim dan sekutunya. BTN yang diwujudkan pada awal 70an sangat murni maksudnya. Bertujuan bagi membangkit semangat patriotisma dan tahu soal ketatanegaraan sebagai seorang warganegara.

Tapi sesudah itu, BTN beransur-ansur telah disalahgunakan bagi tujuan penonjolan individu tertentu.

Ia menjadi lebih ketara apabila BTN dikuasai oleh Anwar Ibrahim. Orang pertama yang cuba disingkirkan dari BTN ialah Dato Kamarudin Kachar. Semua juak-juak Anwar siang malam berusaha menyingkirkan Dato KK kerana bagi mereka selagi Dato KK ada di BTN segala perancangan Anwar untuk memperkudakan BTN bagi tujuan peribadi akan terbantut.

Akhirnya berjaya juga Anwar menguasai BTN.

Masih teringat bagaimana puak-puak Anwar ‘mencuci’ kepala para peserta kursus, betapa siapalah yang berkemampuan menyambung kecemerlangan kepimpinan Tun Mahathir.

Maklum sajalah masa tu yang jadi Timbalan Perdana Menteri ialah Pak Ghafar Baba.

Mereka mengagungkan Tun Mahathir ketika itu bukan untuk memuliakan Tun Mahathir tetapi adalah untuk memperlekehkan Pak Ghafar. Apabila semua kepala sudah ‘dicuci’ bahawa Pak Ghafar tak layak jadi pengganti Tun Mahathir, maka mudahlah Anwar menguasai kepimpinan selepas Tun Mahathir.

Kesan ‘cucian’ puak Anwar ialah Pak Ghafar terpelanting sebelum turun gelanggang pada tahun 1993.

Sesudah berjaya menghumban Pak Ghafar, maka sasaran seterusnya ialah Tun Mahathir.

Modul BTN pun ditukar kepada elemen-elemen yang boleh mencacatkan kepimpinan Tun Mahathir. Itu sebab selepas 1993 sudah ada unsur-unsur negatif secara tidak langsung yang membabitkan kepimpinan Tun Mahathir.

Isu Suharto yang memerintah terlalu lama menjadi propaganda utama di media-media. Isu kronisma dan nepotisma Suharto diwar-war siang malam.

Apabila sampai ketikanya, isu Suharto ini jugalah yang digunakan untuk dicalitkan kepada batang tubuh Tun Mahathir.

Dipendekkan cerita, semua orang tahu dan masih ingat bagaimana Anwar ‘terpeletok’ kena ‘manouvre’ dek penangan Tun Mahathir.

Dia ingat untuk menghalau Tun Mahathir dari jawatan PM semudah mencampakkan Pak Ghafar.

Kesimpulannya, barang siapa yang cuba memperalatkan BTN untuk menguasai kerajaan pasti akan menerima padah. Siapa yang cuba untuk menjadikan BTN sarang untuk menonjolkan individu-individu tertentu pasti akan menemui kegagalan.

Anwar nampak betapa berkesannya BTN kalau nak digunakan untuk mendapat kuasa.

Itu sebab bila dia sudah berada diluar kerajaan, dia cari jalan bagaimana BTN boleh 'dirosakterukkan' imejnya supaya BTN tidak berfungsi lagi. Kononnya bila BTN sudah rosak maka mudahlah untuk menjatuhkan kerajaan.

Anwar punya taktik memang ‘stereotype’. Sebelum buat apa-apa gerakan untuk menjatuhkan lawan, rukun pertama yang mesti dilakukan ialah buat ‘character assasination’.

Bila karakter orang sudah rosak mudahlah untuk menjahanamkan musuh. Siapa yang tak pernah dicacatkan personalitinya dek Anwar? Pak Ghafar, Rahim Tamby Chik, Mahathir, Najib…Semua sudah terkena dek Anwar.

Untuk pengetahuan semua, sekarang Anwar sedang buat gerakan untuk punahkah kredibiliti BTN. Bila dah punah nanti baru mudah untuk punahkan kerajaan.

3 comments:

  1. orang pertama guna btn utk kepentingan diri adalah musa hitam. komdian anwar. lepas tu pak lah.

    semua terpelanting.

    ReplyDelete
  2. kami tetap sokong dsai. hanya balaci parpukari dan penyokong iguan terburuk negara iaitu madey tetap nak memperlekehkan jasa baik dsai kepada negara. beliau sanggup mengorbankan cita2 politik utk menyekat madey dari memufliskan negara.
    kami tak suka madey. kami sayang anwar

    ReplyDelete
  3. Anon 7.39
    APe la ke bendenye yg kau ckp ni.Korban cita2? bukankah sampai le ni cita2 belum padam2 sampai sanggup laga2kan semua kaum dlm negara biar undi2 berpecah2? Kalau korban pun dia gagal sekat madey kan? Tp negara tak muflis pun..!Sappa yg sebenaqnya nak pelingkup negara ni noo?

    ReplyDelete