Thursday, February 18, 2010

MENUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH MACAM MENUNGGU SAKRATUL MAUT

Fikiran berkecamuk para pemimpin Pakatan Rimba sudah menjadi semakin kronik dan tidak mungkin dapat diselamatkan oleh sesiapa pun.

Fikiran kecamuk nombor wahid yang tiada tolok banding di mukabumi, ditunjukkan oleh tertuduh pesalah liwat sendiri, iaitu CIFU Anwar.

Forum Dunia Islam – Amerika Syarikat juga dijadikan platform bagi menghadapi perbicaraan mahkamah kes peribadinya.

Tak fasal-fasal nama Hillary Clinton, Tayyib Erdogen dan Yusof Qardawi turut dijual sebagai saksi pembelaan untuk mempertahankan dia di khalayak umum yang dia tidak bersalah. Apa kena mengena lembaga 3 ekor ni dalam ini gambar? Apakah hanya disebabkan mereka tidak percaya Anwar buat kelakuan tak senonoh, maka ini bermakna dia tak bersalah? Siapa sebenarnya yang cuba mempengaruhi khalayak dan cuba memberi tekanan kepada mahkamah dalam kes yang sedang berjalan? Pihak tertuduh atau pihak kerajaan?

Fikiran MP Pakatan Rimba juga tidak kurang kecamuknya. MP-MP Pakatan Rimba juga sudah mengikut rentak MP mahkamah kanggaro dengan mendesak PM, kerajaan dan pihak pendakwa supaya menggugurkan pertuduhan.

Siapa sebenarnya yang cuba mempengaruhi situasi semasa dan mahkamah sebenarnya ni? Pakatan Rimba yang selama ini tak henti-henti tuduh kerajaan dan PM campur tangan dalam kehakiman, tapi akhirnya dia sendiri secara terbuka mendesak supaya PM campur tangan.

Tengok…! Betapa kronik dan kecamuknya otak-otak udang pemimpin Pakatan Rimba.

Agaknya inilah bayangan ketika sakaratul maut datang menjemput manusia. Takut mati, cinta dunia tapi sampai masa malaikat datang juga menjemput. Maka ketika itulah dipertontonkan segala kesalahan semasa hidup. Masa tidak dapat lagi dibeli walau sesaat. Malaikat maut mengambil nyawa tepat pada ketikanya.

Menangis air mata darah sekali pun manusia tidak dapat memohon supaya kematian ditangguhkan. Tidak ada 1 peraturan atau masalah teknikal pun yang boleh digunakan untuk mintak tangguh mati.

Dalam keadaan sakaratul maut, akan datang pelbagai bentuk hantu syaitan dan jin yang datang menyerupai, mungkin mak bapak, atuk, anak atau kawan-kawan bertujuan untuk menyesatkan manusia dengan berpura-pura menghulur bantuan menyelamat, kononnya. Tapi semua itu merupakan tipuan syaitan untuk menyesatkan umat Muhammad pada saat-saat akhir.

Keadaan inilah, mungkin yang sedang dihadapi oleh CIFU Anwar dan para pendokongnya.

Bila keadaan sudah terlalu desperado, siapa pun yang datang menghulur bantuan akan digapai. Siapa saja yang dia terfikir boleh menyelamatkan dia dari dibicarakan di mahkamah akan dicari dan diminta pertolongan.

Segala hantu syaitan dan mambang dari timur dan barat yang menyamar sebagai pejuang agama, keadilan dan hak asasi manusia sejagat pun akan diminta pertolongan, asal saja dia dapat melepaskan diri dari dihukum penjara dan sebat.

Bila manusia sudah tidak boleh menerima takdir, mereka akan berusaha untuk melawan takdir tersebut dari berlaku ke atas dirinya. Caranya ialah dengan bertindak mendahului tuhan. Kaedah yang digunakannya ketika ini memang benar-benar merupakan kaedah mendahului tuhan.

Segala proses siasatan dan perbicaraan mahkamah yang sedang dihadapinya hari ini adalah sebahagian dari proses yang sudah ditentukan oleh tuhan hasil dari perbuatannya sendiri.
Tuhan tidak zalim dengan tidak tentu fasal mengaibkan hambanya secara semberono.

Semua yang berlaku ke atas diri kita ada sebab musababnya. Tuhan sangat-sangat adil dan Dia tidak pernah lalai walau sesaat. Nik Aziz lebih maklum akan hal ini.

8 comments:

  1. saya masih menuntut mahkamah syariah mengambil tempat dalam kes-kes begini. sebagai orang Islam tiada sebab sesiapa pun menafikan keadilan dalam Islam. Orang UMNO khasnya tentunya mahu melihat bekas pemimpin umno itu didakwa atau menerima hukuman jika betul beliau bersalah. Sudah lebih 10 tahun isu ini berlarutan dan media massa kawalan umno seolah-olah menggunakan kesempatan untuk membantai beliau. Bagaimana pula kes-kes yg melibatkan beberapa pemimpin umno yang lain sepeti Najib, JJ, Menteri Besar Johor dan kes-kes rasuah melibatkan pimpinan umno?

    Sdr KK, berusahalah menjadi muslim yang baik dan saudara menyerang bukan umno kerana nafsu dan amarah.

    ReplyDelete
  2. Saudara ahli PAS,

    Apa yg anda faham tentang pertuduhan Qazaf? Sila baca tulisab Dr MAZA

    http://drmaza.com/home/?p=328

    Saya quote sebahagian dari tulisan beliau.

    "Cuma saya ingin membuat sedikit pembetulan, ada pula tokoh agama yang kata seseorang yang mendakwa dia menjadi mangsa rogol atau liwat wajib mendatangkan empat orang saksi, jika tidak dia disebat 80 rotan. Saya tidak ingin merujuk kepada kes yang sedang berlaku. Tetapi saya ingin mengkritik kefahaman terhadap masalah qazaf. Ada perbezaan antara menuduh orang lain dan seseorang yang mendakwa menjadi rogol.

    Apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

    Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Bagaimana seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?"

    Fikir-fikirkanlah, kosongkan fikiran dari berfikir politik, neutralkan diri dan renungkan dan fahamkan tulisan Dr MAZA tersebut.

    Komen saya sekurang2nya Saiful dan Najib telah muhabalah kenapa tidak Anwar? Cuma 1/2 minit saja. Tidak terfikirkah anda?

    Pemerhati Neutral

    ReplyDelete
  3. islam itu tinggi tidak ada yang lebih tinggi dari islam. beriman dengan SOP syariah adalah tuntutan akidah. kesian tengok saudara mengulas secara akal dan nafsu. kita ada rujukan tertinggi iaiti alquran dan alhadis utk undang2, kaedah dan SOP setiap jenayah

    ReplyDelete
  4. http://kumanddief.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Ahli PAS & anon 10.57
    Tiada siapa pun yg beriman dgn Allah akan menolak hukum Allah hingga menyebabkan mereka jatuh kufur.
    Hukum syariah itu jg baik jika ia dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak berpilih. Hukum itu bukan menjadi hak mutlak Anwar. Najib dan JJ yg dituduh juga mempunyai hak dlm mahkamah syariah. Jenayah rogol Rahim Tamby Chik yg dipelopori oleh Anwar suatu ketika dulu juga perlu sdr perjuangkan utk dijalankan mengikut hukum qazaf. Barulah ia dikatakan sdr benar2 ikhlas menegak hukum Allah dimukabumi tanpa pilih kasih.
    Tahukah sdr, apa implikasinya apabila hukum qazaf mengambil tempat dlm keadaan manusia sudah jauh dr kehidupan agama?
    Memang bagus kalau dpt dilaksanakan, tapi realitinya bagaimana?
    Jika hukum qazaf spt yg difahami boleh mengambil tempat, ini bermakna secara otomatis mahkamah sivil tidak akan berfungsi lg dalam kes yg boleh disabit dgn qazaf. DAn bila qazaf mengambil tempat hampir pasti perogol akan terlepas dari hukuman, sebaliknya mangsa rogol pula akan dihukum kerana kgagalan mereka membawa 4 saksi yg layak. Jia begitu keadaannya, maka jenayah rogol akan berkembang subur kerana para perogol akan berasa yakin mereka akan terlepas dr hukuman.Apa yg perlu dilakukan oleh perogol ialah cuma mereka perlu lebih cermat dlm melakukan perogolan dan pastikan tiada siapa yg melihat perlakuan itu.

    Itulah beza hukum syariah yg dijalankan oleh nabi yg berasaskan taqwa dgn hukum yg dijalankan oleh komuniti umat jahil dan jauh dr agama.Hukum syariah perlu disertakan dgn elemen taqwa dan taubat.Kalau hukum syariah dijlnkan di atas keengkaran dan ada unsur2 utk melepaskan diri dari dihukum sewaktu didunia, maka hukum qazaf adalah amalan paling sesuai selera perogol Kalau saya seorang perogol, saya juga akan meminta supaya hukum qazaf dijlnkan ke atas saya kerana peluang utk melepaskan diri lebih cerah dari proses di mahkamah sivil...

    ReplyDelete
  6. Saudara KK,sekarang dah terbukti betapi jahilnya si ahli pas yang memberi komen di atas ni....patutla membutatuli menyokong sesiapa yg tak sepatut disokong!!

    pemerhati

    ReplyDelete
  7. Aku terpanggil untuk meluahkan rasa yang ada secubit dalam otak yang kurang ARIF ni, berkaitan isu yang tuan-tuan perkatakan.Berkaitan tabiat dan tingkah laku manusia yang pelbagai, ada yang berlakon dan berdrama dan ada yang jujur dan ada yang hipokrit dalam apa jua penampilan. Saya cuma terfikir bahawa masyarakat banyak hari ini sedang dipertontonkan dengan satu lagi episod seperi dalam CSI. Adalah wajar sekiranya subjek yang difokus ini diuji perwatakannya kerana apa yang kita pasti subjek menjurus kepada kepelbagaian watak yang mana setiap watak itu seolah-olah tidak tahu perlakuan watak yang lain. sebagai contoh dalam satu-satu masa mengatakan lompat ke parti baik itu baik untuk memperjuangkan kehendak rakyat manakala lompat ke parti pemerintah telah mem'belakang'i keputusan rakyat........... (Jakun-kata nista dari Pipit Uban)yang lebih teruk lagi dalam sesuatu masa subjek nampak lebai dari tuan lebai-dan mungkin satu masa yang lain ada tanduk atas kepala.

    Aku juga mencadangkan agar satu blog/halaman diujudkan khas kepada semua yang pernah menjadi mangsa kepada pemangsa seperti ini,jika betul dan ujud maka pasti halam ini akan aktif seaktif-aktifnya kerana 'habit' dan tabiat bagi manusia banyak akan berlaku banyak kali dalam setiap kehidupan (Hanya cadangan).

    Berkaitan dengan hukum-hakam agama kita tidak perlu dipertikaikan lagi dan aku tidak akan membawa isu ini, cuma sedikit sentuhan kepada kisah umat Nabi Luth sebagai renungan. Walau macamana pun aku ingin mengingatkan kepada seluruh umat Muhammad bahawa habit umat seperti ini Allah telah meletakkan satu hukum yang jelas "tiada air di dunia ini yang dapat mensucikan" tidak suci angota apa lagi ibadat yang buleh dilaksanakan - Fikir-fikurkan dan selamat beramallllllllllll.

    Aku lihat tekong kecil dan besar dalam PKR hari ni sedang mengira hari untuk memerintah negara. Program cantas mencantas sedang berlaku dengan pesatnya sebab masing-masin ada percaturan sendiri. Macam orang main catur jugaklah, sapa nak jerat siapa. Tapi papan catur dan buahnya dipegang oleh kepala bertanduk (hanya orang kasyaf saja yang dapat lihat - kata orang alim) itu yang kekadang jerat tak menjadi dan makan diri sendiri.

    Mengikut cerita orang-orang tua dulu-dulu, asalnya kucing jalang ialah kucing yang palin disayangi dirumah. bila dah buat halyang tidak disukai,tuan dia buang kucing ni, dan merayaulah dia keserata pelusuk kampung meminta belas eshan orang dan kengkawan dengan mengiau-ngiau (memokak kata orang nogori)Tapi hendaklah kita berawas,jangan sekali-kali diambil akan dia kerana pasti ... dia dah ada kes dan akan buat hal lagi.....

    Jadi sebagai renungan untuk semua, kita orang melayu ini sudah terlalu sinonim dengan sang penglipurlara, tok selampit dan tok "dalang".
    Biarkanlah watak-watak ini sebagai hiburan kita sahaja kerana inilah antara kepelbagai watak yang dia ada.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    anakcucu ingin memberikan pandangan, wanita yang dirogol adalah golongan yang tidak terdaya melawan, itupun selepas lebam-lebam muka ditumbuk sebab mungkin dia melawan sebab tidak rela diperlakukan sedemikian, namun kita lihat saiful bertubuh tinggi, sasa, muda, dan gagah, sepatutnya melawan dengan cara terajang atau tumbuk macam kat asrama dulu, lawan sebagai tanda iman masih ada, tapi saiful nampaknya lemah imannya (doa dalam hati je mohon jangan di liwat dek anwar), kalau benar saiful tak rela kenapa tak tumbuk je anwar tu, tumbuk kat muka dia ka supaya ada kesan melawan...atau sebenarnya saiful memang suka diperlakukan begitu!! jadi kes ini benar-benar mengelirukan selain fakta yang berubah-ubah dalam laporan polis, hospital mahupun statement yang dibuat. Kemudian anakcucu ingin membuat kesimpulan bahawa budak saiful ini sebenarnya orang yang suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain, semasa di UniTen saiful ni dapat overtake (dengan izin) satu tawaran ke oversea (dengan izin) yang sepatutnya ketua pelajar yang pergi...fikirkanlah dengan mata hati, wallahu a'lam.

    ReplyDelete