Friday, March 16, 2012

AMARAN DAIM UNTUK KAUM CINA...

Artikel ini adalah keratan yang diambil dari blog dinturtle..

Daim mengingatkan pengundi Cina bahawa sebarang tindakan yang negatif akan mengundang reaksi negatif; sebab inilah beliau menyaran pengundi membuat pertimbangan yang sewajarnya. Sekiranya masyarakat Cina cuma semata-mata mahu menunjukkan perasaan ketidakpuasan tanpa memikirkan akibat, ia adalah amat berbahaya.

Daim turut menyatakan bahawa keinginan DSAI hanya adalah menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak mempunyai dasar bagi negara ini. Sekiranya Pakatan memenang PRU, anda tidak akan tahu dasar beliau dan juga arah masa depan. Ini kerana DSAI tidak mempunyai dasarnya.

Apakah bentuk demokrasi yang rakyat mahu? 

Bentuk demokrasi Parti Keadilan? Pengundinya lebih daripada ahli parti semasa pemilihan parti. 

Bentuk demokrasi DAP? Kuasa kepimpinan berpindah daripada ayah kepada anaknya. 

Bentuk demokrasi PAS? Pelaksanaan dasar islam adalah demokrasi mereka.

”Adakah perubahan rejim membawa manfaat? Adakah perubahan semestinya menukar rejim? Pengundi harus faham, sekiranya perubahan secara besar-besaran akibat bergelora, ini adalah perubahan yang mereka mahu?”

Demikian bunyinya wawancara Daim dengan akhbar SinChiew.

2 comments:

  1. Lebih baik dari pencuri-pencuri 'demokratik' kini.

    ReplyDelete
  2. Inilah akibatnya kerana terlalu memberi muka.....sedarlah wahai orang orang Melayu. Bersatu kita teguh!!!!

    ReplyDelete