Tuesday, March 6, 2012

GOLONGAN ERDOGAN AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KEJAHILAN PRO-ULAMAK.

Golongan pro-ulamak di dalam PAS hari ini sedang tercabar dan dicabar. Tercabar dan dicabar oleh tangan-tangan palsu yang sedang berjalan secara automate, menukar landscape pemikiran dan perjuangan serta hala tuju asal PAS.

Automated logic machine ciptaan terbaru Erdogan ini telah menyebabkan pemanduan perjalanan PAS yang dilakukan oleh golongan pro-ulamak menjadi bercelaru dan berhadapan dengan bahaya besar.

Golongan pro-ulamak di dalam PAS hari ini hanya ada dua pilihan, iaitu samada untuk mengguna pakai automated logic machine yang telah dipasang oleh Erdogan, seterusnya mengubah terus cara pemanduan seperti mana yang telah diembeded oleh Erdogan ke dalam PAS, atau; terus kekal mempertahankan prinsip yang telah diasaskan oleh Allahyarham Burhanudin Helmi dan Fuad.

Apakah golongan pro-ulamak ini akan melakukan amalan "judi nasib" yang jelas bertentangan dengan syarak, atau akan bertegas menolak pemanduan secara automate mengikut logic golongan Erdogan.

Automated logic machine inilah yang telah menyebabkan urustadbir PAS sedang bergolak di sana sini. Pengaturcaraan logic yang telah dipasang oleh Erdogan telah menyebabkan golongan pro-ulamak di dalam PAS tersisih sedikit demi sedikit dari arus perdana pembuat keputusan di dalam PAS sendiri, seterusnya di dalam Pakatan Pembangkang.

Gelora peperangan di Selangor telah berakhir dengan penyingkiran Hasan Ali, manakala gelora di Kedah pula sedang memasuki fasa-fasa terakhir yang semakin dramatik.

Jika golongan pro-ulamak gagal berhadapan dengan kaedah canggih penggunaan automated logic machine ini, maka jawaban paling menasabah kepada persoalan ini, ialah PAS akan terjun masuk gaung.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Inilah dilema besar yang sedang diperjudikan oleh golongan pro-ulamak PAS.

Jika golongan pro-ulamak ini bersedia mengikut arus, kenderaan PAS akan immobolised kerana kedaifan kepimpinan ulamak mengikuti budaya dan kaedah baru ciptaan Erdogan.

Jika, golongan pro-ulamak terus tegar bertahan dengan prinsip asal, maka berkemungkinan besar akan lebih ramai lagi golongan pro-ulamak hanyut dibawa arus seperti mana yang telah terjadi kepada Hasan Ali dan kemungkinan yang bakal berlaku kepada Ustad Azizan.

PAS dan Golongan pro-ulamak sedang dan akan terus menerima retribution karma hasil dari perjudian nasib yang sedang yang sedang berlaku secara berleluasa di dalam PAS hari ini.

3 comments:

  1. Ada yg suka PAS jd Parti Pak Lebai Kg & biar BN Pulun Perintah Msia sampai kiamat

    Tgok ni Bro,
    http://www.youtube.com/watch?v=ayWCMCeI6BU

    Bhg 4 - Seminar Ke Arah Malaysia Sejahtera yang telah diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 6hb Feb 2012.

    ReplyDelete
  2. Ulas la Sikit nape PM Najib takut debat. Kalu tak Hantar Rosmah Jeee

    Berikut adalah hujjah Saifudin iaitu 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar itu.


    Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
    Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

    Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
    Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

    Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
    Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.

    Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
    Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

    Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
    Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

    Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
    Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

    Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
    Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

    Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
    Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

    Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
    Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

    Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
    Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

    ReplyDelete
  3. Apa hujah balas pun yg diulas oleh Saifudin, ia tidak lebih dari alasan politik, sama seperti maksud tersirat dari cabaran debat yang dibuat terhadap PM Najib. Surah An Nahl ayat 125 itu bukan utk digunakan utk menghalalkan politik tersirat dan tidak boleh sama sekali mengambil sekerat2 ayat yg boleh membantu menyokong utk diadakan debat. Jika begitu keadaannya saya juga boleh mengeluarkan kata-kata Saidina Ali yg menyebut, barang siapa yang berpidato utk tujuan kemasyhuran diri, maka ibadatnya yg wajib mahupun yg sunat tidak akan diterima Allah. Salam.

    ReplyDelete