Saturday, March 3, 2012

PAS MACAM GAYAT DUDUK KONDO...!!

UMNO Kedah mungkin dapat durian runtuh akibat dari krisis dalaman PAS Kedah yang semakin parah.

Cadangan Dr Dzulkifly Ahmad agar jawatan tinggi dalam parti dibuka kepada non-muslim bakal menjadikan Pas, parti berbilang kaum dan kepercayaan, jika ianya dipersetujui. Langkah ini akan membuatkan PAS menjadi parti yang lebih terbuka dari Umno.

Gerakan Hassan Ali pula telah menyebabkan imej PAS yang sedang dikuasai golongan parasit terjejas terok dan mungkin PAS akan melalui krisis baru yang unprecendented.

Imej kepimpinan PAS yang selama ini kelihatan bersatu hati dan kelihatan seolah-olah "sifar krisis" telah menyebabkan ramai rakyat berfikir bahawa PAS memang mendahului amal Islami di dalam sebarang pendekatannya dalam berpolitik dan mentadbir.

Tetapi, akhir-akhir ini sedikit demi sedikit, seluar PAS beransur terlondeh hingga kadang-kadang menampakkan bahagian-bahagian sulit  yang tak sepatutnya dilihat.

Kegagalan sebahagian pemimpin PAS untuk berpegang secara istiqomah terhadap prinsip dan perjuangan yang dibawa selama ini, setelah mendapat sedikit lebihan kuasa sejak PRU12 yang lalu adalah merupakan punca utama kepada timbulnya masalah dan krisis yang berlaku.

Sebelum kuasa di tangan atau sebelum kita berharta, kita diduga dengan sifat kekurangan. Selalunya ramai yang berjaya melepasi ujian ini. Semuanya kelihatan baik dan terkawal.

Dugaan sebenar akan datang apabila kuasa atau harta sudah menggamit kita. Ini lumrah kehidupan dan rahsia ini memang menjadi rahsia umum.

UMNO telah memegang kuasa lebih 60 tahun. Sepanjang tempoh itulah PAS hanya menjadi pembangkang dan jika dapat kuasa pun, di sesetengah negeri saja seperti di Terengganu dan Kelantan.

PAS bebas dari sebarang pertikaian dan kritikan rakyat kerana PAS tiada kena-mengena dengan kehidupan rakyat kerana mereka tidak dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal-ehwal rakyat

Sebarang pertikaian dan kritikan mengenai sebarang salah laku atau penyelewengan mestilah UMNO yang akan dipertikaikan kerana UMNO yang menjadi pemerintah.

Bagaimana kita mahu mengkritik seorang yang bertaraf pengkritik. Dia tak mentadbir apa-apa melainkan kerjanya hanya menyusun strategi bagaimana untuk menjadi pengkritik yang berkesan bagi mengalihkan sokongan rakyat kepada mereka.

Tapi lihatlah hari ini bila kuasa beransur-ansur diperolehi. Baru nampak betapa "gayatnya" mereka dengan kuasa. Tak tahu nak guna macam mana atau nak dibawa ke mana. Macam beruk dapat bunga.

Segala-galanya terserlah. Nafsu serakah terhambur di sana sini. Perebutan kuasa, pembahagian harta dan satu demi satu salah laku mula terbongkar. Pihak Umno pun sudah boleh menyerang dan mengkritik perbuatan mereka kerana mereka juga ada mandat dan tanggungjawab untuk dilunaskan.

Krisis yang sedang bertali-arus menghimpit PAS hari ini adalah manifestasi dari "pegangan kuasa" yang telah diperuntukkan oleh rakyat kepada PAS pada PRU12 yang lalu.

Tembelang atau kesilapan kepimpinan PAS ini tidak akan terdedah atau tidak berlaku sama sekali jika kuasa tiada pada mereka. 

Semakin besar periuk semakin teballah kerak nasi. Semakin besar mandat yang diberi oleh rakyat semakin besarlah nafsu dan semakin banyaklah terdedahnya tembelang pemimpin PAS.

Jika dicampur tolak dan bahagi, PAS jauh lebih gayat dari UMNO! Jika tak percaya, bagilah PAS perintah negara.

No comments:

Post a Comment