Sunday, April 1, 2012

TUNJUKKANLAH SIMPATI ANDA KPD PENTAKSUB ANWAR..

Pemikiran saya masih cuba mencari justifikasi kenapa pendokong Anwar seperti "sudah tidak dapat diselamatkan" pemikirannya dari sifat jumud, songsang serta tertutup.

Budaya pemikiran robotic yang sudah berjaya ditanam di dalam setiap pendokong taksub ini sangat merbahaya kepada lain-lain budaya dan pemikiran.

Fahaman syiah, qadiani dan lain-lain fahaman yang telah dianggap menyeleweng dari fahaman sebenar hari ini, semuanya bertitik-tolak dari budaya taksub kepada guru atau pun sifu yang keterlaluan sehingga mengatasi kekagumannya kepada Allah swt. 

Semua pengikut fahaman-fahaman ini sering menganggap guru atau sifu mereka mempunyai kelebihan tertentu yang dianugerahkan tuhan yang tidak ada pada orang lain.

Golongan ini jika dikaji, mempunyai cara pemikiran dan kencenderungan yang sama, iaitu, mereka beranggapan hanya guru atau sifunya saja yang suci, manakala lain-lain fahaman adalah salah dan menyeleweng.

Hakikatnya, budaya ini sudah berakar umbi di dalam PKR dan PAS.

Akal pemikiran anugerah tuhan ini diberi kelebihan dan kehebatan tersendiri. Dari kelebihan akallah, manusia hari ini telah berkembang maju. 

Akal manusia boleh "bersetuju untuk tidak bersetuju" dan dari prinsip inilah lahirnya perbezaan pendapat yang dibenarkan oleh agama. Dari sini jugalah manusia mencipta fahaman demokrasi, liberalisasi ataupun kebebasan bersuara.

Tetapi ajaran Islam meletakkan akal ini ada had dan peraturan tertentu sebagai panduan. Akal perlu dipandu agar ia tidak menyeleweng atau disalah guna sehingga manusia bertindak mempertuhankan akal mereka.

"Ketaksuban" adalah ciri dan tanda besar bahawa seseorang itu secara tidak disedari telah "bertuhankan akal fikiran" mereka semata. Inilah penyakit yang boleh mendatangkan bahaya besar yang sedang dihidapi oleh para pendokong Anwar dan sebahagian dari pengikut PAS.

Pengamal budaya taksub dan takjub kepada individu manusia ini seolah-olah sedang cuba mewujudkan fahaman tersendiri di negara ini sepertimana fahaman yang telah diasaskan oleh guru@sifu terdahulu hingga lahirnya syiah, qadiani dll.

Bagi mereka, mereka menggelar fahaman yang dianuti ini dengan pelbagai istilah menakjubkan seperti keadilan sejagat, kebebasan mutlak, pejuang pemulihan demokrasi sebenar, hak kesamarataan dll. Tetapi bagi pihak luar memandang fahaman yang sedang merema wujudkan ini, ada yang menggelar atau menamakannya dengan fagaman Anwarinas, pluralis, LBGT dan pelbagai gelaran lagi.

Label dan gelaran yang diberi ini tidak penting. Apa yang penting untuk difahami ialah, ini adalah fahaman yang menjurus kepada "ketaksuban kepada individu" yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Tidak ada bezanya di antara ketaksuban dan penyembahan. Ketaksuban kepada Allah akan mendorong kita kepada mengakui kehebatan Allah, seterusnya kita akan menyembah dan menyerahkan diri kepada Allah.

Ketaksuban kepada manusia lain akan mendorong pengikut mengakui kehebatan manusia yang diikuti. Sudah pasti pengikut yang sudah taksub akan merasa berkewajiban untuk mentaati setiap apa yang keluar dari mulut guru@sifu.

Jika ketaksuban kepada manusia sudah bersamaan atau sudah melebihi dari ketaksuban kepada Allah, kenapa tidak disembah saja guru@sifu ini seperti cina menyembah "tok pekong"? 

Apakah boleh pentaksub-pentaksub Anwar ini kita "qiaskan" dengan analogi di atas?

No comments:

Post a Comment