Monday, October 29, 2012

LAWAN KEPADA "TAK MELAYU HILANG DI DUNIA ADALAH "MALAISI@MELAYU MATI!!

Ura-ura kerajaan PKR Selangor mahu menjual aset @ PKNS adalah kemuncak kepada “kegilaan” kerajaan pakatan dalam menjalankan urus tadbir pemerintahan mereka bagi sesi 2008/2013.

Daripada puluhan juta kerugian yang dtanggung UNISEL hingga kepada pengambilalihan hutang Talam Corporation, penjualan tanah strategik bernilai ratusan juta jauh di bawah nilai pasaran, keengganan bekerjasama dalam menyelesaikan isu kepentingan rakyat dalam isu loji Langat 2 dan pelbagai lagi keputusan yang melampaui keraguan menasabah telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Khalid Arogan.

Begitu juga dengan penggunaan dana awam secara terbuka untuk kegunaan parti dan gerakan kempen parti pembangkang, terus dilakukan tanpa rasa bersalah dan tanpa akauntabiliti.

Bas dan lori mewah tajaan kerajaan Selangor yang digunakan untuk kempen jelajah Anwar sangat mengaibkan. Tapi mereka tidak ambil pusing. Kalaulah UMNO yang berbuat seperti mereka sudah pasti satu dunia akan gamat menceritakan perihal pemimpin UMNO rasuah dan hidup bermewah-mewah menggunakan duit rakyat marhain dan golongan miskin tertindas.

Begitu juga dengan kerugian yang ditanggung oleh KUIN di Kedah dan kegagalan pelaburan puluhan juta duit rakyat di Irian Jaya. Kalaulah semua pelaburan ini dibuat oleh kerajaan UMNO, sudah pasti "lumat" UMNO dikerjakan pembangkang.

Tindakan MPPP yang meruntuhkan gerai-gerai rakyat miskin yang mencari rezeki halal di Penang sudah pasti akan ribut satu dunia jika MPPP hari ini berada di bawah pentadbiran BN. Pengambilan tanah kampung Melayu dan India di Penang pasti akan ditentang keras oleh mereka jika pengambilan itu dilakukan oleh kerajaan BN.

Kegagalan urus tadbir kerajaan PAS Kelantan tak payah cerita la. Ia tidak beri kesan apa-apa kerana telah terbukti walau bagaimana lemah dan gagal sekalipun pentadbiran 22 tahun PAS di Kelantan, rakyat tidak mahu peduli itu semua. Apa yang mereka peduli hanya pastikan PAS terus mentadbir tanpa perlu dipersoalkan apa yang dibuat oleh PAS sepanjang pemerintahannya. Bagi mereka, undi saja PAS.

Semua yang berlaku ini membayangkan sebarang ketidakadilan atau kegagalan pentadbiran kerajaan pakatan di dalam mengurus negeri-negeri di bawah pentadbirannya bukan persoalan kepada rakyat yang menyokong mereka. Tiada sebarang isu yang lebih penting bagi mereka selain dari isu mahu menjatuhkan kerajaan BN dengan apa cara sekali pun. Kegagalan menangani isu rakyat, isu kemiskinan, isu pembangunan dan lain-lain isu yang berkait secara langsung dengan kepentingan rakyat mampu mereka tutup dan rakyat yang menyokong mereka tidak kisah pun. Cara mereka menutup semua ini ialah dengan melakar segala kisah kezaliman, kebobrokan dan pembaziran kerajaan BN dan apa keadaan pun BN mesti ditumbangkan. Yang lain-lain tak apa. “Put on hold” dulu.

Mengurus kerajaan dan mencari duit dengan cara mencair dan melelong segala aset negeri tidak memerlukan apa-apa kepakaran. Bailiff dan kerani mahkamah pun lebih pakar dalam hal lelong-melelong harta. Kalau begitu serahkan saja pentadbiran kerajaan negeri kepada bailiff dan kerani mahkamah untuk mentadbir kerajaan Selangor.

PKNS dan lain-lain Perbadanan Kemajuan Negeri-Negeri adalah merupakan aset terpenting yang menjadi penjana ekonomi bumiputera hampir di semua negeri di Malaysia sejak bermulanya DEB. PKNN/SEDC sejak tahun 1971.

Tanpa SPV ini, mungkin sudah lama ekonomi negara ini di monopoli sepenuhnya oleh bukan Melayu. SPV ini khas diwujudkan oleh kerajaan untuk menjadikan Melayu dan bumiputera mampu bersaing dan menjalankan aktiviti ekonomi di dalam suasana ketidakadilan ekonomi antara kaum yang berlaku.

Pendek kata Perbadanan Kemajuan Negeri-Negeri ini adalah merupakan entiti perusahaan bumiputera yang diwujudkan dari inti pati perlembagaan dan diterjemahkan ke dalam alam realiti bagaimana ekonomi dan aset Melayu/bumiputera itu mahu dibangunkan.
Jika PKNS ini dicairkan demi kepentingan politik kerajaan pembangkang, ia adalah bermaksud cubaan mencair dan menghapuskan segala terma-terma dalam perlembagaan yang telah diwujudkan untuk memastikan Melayu dan bumiputera tidak terpinggir di tanah air sendiri.

Lawan kepada “war cry” ciptaan Hang Tuah, ”Takkan Melayu Hilang di Dunia” ialah “Malaisi” yang membawa maksud “Melayu mati” ciptaan DAP sewaktu 13 Mei 1969.
Semua ini berlaku seperti tidak sengaja dan tiada siapa peduli pun kerana Melayu hari ini sudah dididik oleh pemimpin pakatan dengan “war cry” baru, iaitu, “ada aku kisah?”

1 comment:

  1. Pembangkang mempunyai kepakaran dalam mengalihkan isu.

    Sohihmereka meniru cara kempen pemilihan Presiden Amerika..

    ReplyDelete