Keputusan PRU13 sudah jelas.
Penguasa kepada segala penguasa sudah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan telah mencabut kekuasaan dari sesiapa yang dikehendakinya.
Allah telah mencabut kekuasaan PAS di Kedah dan menggantikannya dengan BN.
Allah telah mengekalkan, malah telah memberi kuasa tambahan kepada PR di Penang dan Selangor, di samping menambah kekuasaan di Terenganu, Johor.
Di peringkat parlimen pula, Allah telah mencabut 7 lagi kerusi parlimen dari BN yang dimenangi sebanyak 140 pada PRU12 lalu menjadi 133. PAS telah dicabut 3 kerusi menjadi 21 dari 24 sebelumnya. PKR telah dicabut 1 kerusi dari 31 yang dimenangi pada PRU 12 menjadi 30 kerusi.
Kerusi parlimen yang dicabut oleh Allah dari ke tiga-tiga parti ini telah diserahkan kepada kepada DAP. DAP berjaya menambah 10 kerusi kepada 38 dari 28 kerusi yang dimenangi sebelumnya.
Inilah ketentuan Allah yang pasti. Semua pihak wajib menerimanya. Jika semua pihak akur dan menerima keputusan ini, negara tetap akan aman walaupun penguasaan BN semakin merosot.
Tetapi jika ada pihak yang tidak beriman dengan Qada dan Qadar Allah ini, maka negara pasti akan terus menghadapi masalah. Golongan penolak takdir ini boleh menyebabkan turunnya musibah Allah yang lebih besar terhadap negara dan rakyat seluruhnya.
Seorang yang tidak beriman dengan ketentuan takdir pasti akan mencipta pelbagai versi cerita yang boleh menghalalkan sebarang tindakbalas yang ingin mereka ambil.
Orang yang mendapat ketentuan hidup susah dan merempat, akan terus berusaha melakukan pelbagai inisiatif yang halal jika mereka beriman dengan qada dan qadar. Jika mereka tidak beriman dengan qada dan qadar Allah, mereka mungkin akan mencari jalan untuk memperbaiki taraf hidup mereka walaupun terpaksa melakukan jenayah curi ataupun mencari rezeki dengan cara yang haram.
Sudah jelas terdapat bibit-bibit tidak mahu menerima takdir yang berlaku khususnya di pihak PKR. Pelbagai percubaan dan tuduhan yang bertujuan untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap proses pilihanraya yang dijalankan oleh SPR sedang giat dilakukan oleh tidak lain dan tidak bukan, Anwar Ibrahim.
Lim Kit Siang dan lain-lain penganut bukan Islam, lebih tinggi kepercayaannya terhadap qada dan qadar tuhan daripada Anwar Ibrahim. Chua Soi Lek yang teraib akibat perbuatan sendiri juga lebih tinggi kepercayaannya kepada ketentuan takdir daripada Anwar, apabila secara gentleman mengakui dialah orang yang dilihat beraksi seperti di dalam video itu.
Anwar sentiasa mencari helah di dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingannya, jika ketentuan Allah tersebut tidak menyebelahinya.
Kita tunggulah apa helah yang akan dilakukan oleh Anwar. Allah juga sedang menunggu-nunggu helah Anwar.
Ajak Anwar berkempen "Buy Chinese Last"!!!!
ReplyDelete