Tuesday, May 7, 2013

PELAN PERALIHAN KUASA 2009 GAGAL!!

Mungkin zaman untuk sebuah kerajaan berkuasa secara 2/3 di negara ini sudah berlalu.

Mungkin konsep perkongsian kuasa berasaskan kaum ala-BN juga sudah berlalu dan tidak realistik lagi bagi negara ini. Sokongan dari segi keseimbangan kaum terhadap BN sudah tempang apabila 80% kaum cina tidak lagi menyokong BN.

Mungkin program transformasi kerajaan dan konsep 1Msia pimpinan DS Najib gagal menguasai pemikiran 2/3 rakyat atau lebih tepat lagi hanya berupaya menguasai pemikiran rakyat pada kadar 0.6 atau 133/222 sahaja.

Mungkin juga pola pengundian berasaskan sentimen perkauman khususnya bagi kaum cina sudah kembali mengambil tempat dan ruang di setiap pemikiran mereka.

Mungkin juga BN telah menjadi mangsa persepsi buruk yang digambarkan tanpa henti oleh pihak lawan. Pihak lawan berjaya memadamkan segala inisiatif dan program hebat kerajaan BN, "Rakyat didahulukan" dengan cara menganjurkan "program memberi gambaran dan persepsi negatif" terhadap BN dan personaliti para pemimpinnya telah berjaya diserap ke dalam benak para pengundi.

Mungkin juga faktor janji "transformasi politik" DS Najib yang kerap kali menjanjikan suatu perubahan besar akan dilakukan secara bersungguh-sungguh sebelum rakyat bertindak mengubah kerajaan, akhirnya tidak menggambarkan ianya benar-benar diterjemahkan. "Berani berubah sebelum diubah" seperti yang digambarkan oleh DS Najib tidak berlaku sepertimana yang dijangka dan diharapkan oleh majoriti golongan pengundi muda yang "BN Friendly". 

Akhirnya segmen pengundi "BN friendly" yang menunggu dan ingin melihat perubahan ini berlaku telah "menarik kembali" kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap pelan transformasi politik DS Najib. Segmen ini sangat signifikan dari segi peratusan pengundi. Jika BN benar-benar menterjemahkan sepertimana yang ditunggu-tunggu oleh segmen pengundi "BN firendly" ini dengan keberanian mengenengahkan sebahagian besar muka baru dan dinamik, saya menjangkakan BN boleh memenangi kerusi parlimen lebih dati 148 kerusi.

Pelbagai faktor dan kemungkinan lagi yang boleh dianalisa kenapa BN gagal mencapai prestasi lebih baik dati PRU2008. 

Hakikatnya, pelan peralihan kuasa yang dilakukan pada 2009 lalu di atas maksud untuk memulihkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN telah gagal. 

Jika tidak, mana mungkin kerusi parlimen yang diperolehi BN semakin merosot.

Jika tidak, mana mungkin N.Sembilan, Terenganu dan Perak gagal meraih majoriti 2/3.

Di mana ada keberanian untuk berani berubah, disitulah rakyat memberikan kepercayaan serta sokongannya terhadap BN. Buktinya, negeri Kedah. Keberanian DS Najib mengumumkan Dato Mukhriz sebagai bakal Menteti Besar pada saat-saat akhir telah disambut oleh rakyat dengan memberi semula mandat kepada BN. Rakyat hanya mahukan bukti, bukan sekadar janji untuk berubah. Bila ada bukti rakyat sokonglah.

Bayangkan jika DS Najib berani menepis segala mainan politik dalaman dan segala macam ragam pemimpin berkarat yang mahu terus bertanding, dengan bertegas mendahulukan aspirasi rakyat dengan mengenengahkan 70% muka baru, nescaya kepercayaan dan keyakinan rakyat akan bangkit. BN akan menang besar di peringkat persekutuan dan mampu merampas semua negeri kecuali Penang dan Kelantan.

Tapi, taada keberanian!! Mana nak dapat!!

Ini analisa dan post-mortem awal Kepal Nasi Kepal Beras. Baru "warming up". Tunggu analisa seterusnya yang bakal menampilkan lada api Keningau yang pedas, limau nipis, lada hitam yang panas dll. 

Pemimpin BN khususnya PM tahan sajalah ye...

5 comments:

  1. Umno berjaya dengan bertambah kerusi dari 79 ke 109. Yg merosotnya ialah bantuan kaum Cina.

    Najib mengambil alih dari Pak Lah ketika sokongan UMNO teruk.

    Yang saya nampak sokongan melayu better tapi MCA dan GERAKAN tidur.

    PERPADUAN MELAYU PENTING UNTUK ISLAM. CINA TAK AKAN SUPPORT KITA LAGI. fikirlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. It all started from pak lah weak governance.i simply blame him for the damage done

      Delete
  2. tepat seperi yang aku ramalkan Man..PRU13 adalah pertembungan undi Cina dengan undi Melayu..ramalan aku ttg swing pengundi India pun tepat gak....aku dah nampak ttg undi cina ni sejak digula2kan oleh pemerintahan DAPIgs di Perak dulu..walaupun sekejap..tapi impak pemberian Tanah selama 999 tahun kepada orang cina disana telah memberikan mesej yang jelas kepada Cina2 di negeri lain..bahawa mereka boleh dapat apa sahaja jika DAP dapat mengambil kuasa orang Melayu di Tanah Melayu ni

    ReplyDelete
  3. mereka sudah terlalu ingin berkuasa.. andaikata hak istimewa org melayu dihapuskan oleh org melayu pon.. dan hak samarata diberi.. itu tidak cukup bg mereka.. matlamat akhir mereka menjadi pemerintah di tanah melayu.. tau buat2 tak tau, sedar buat2 tak sedar itu la kenyataannye...

    ReplyDelete
  4. pemimpin berkarat (perhubungan) tu yang masukkan nama sendiri sebagai calon. dah 20 lebih tahun masih nak bertanding. tapi macamana kita nak halang dari pemimpin berkarat tu mensabotaj calon baru, seperti yang berlaku pada PRU12? sakit hati memikirkan pemimpin yang tak pernah puas yang menampakkan tidak ikhlas dalam perjuangan. PRU akan datang perlu ada jalan bagaimana nak atasi masalah ini, orang yang tak sedar diri dan masih mahu di calonkan

    ReplyDelete