Tuesday, March 4, 2014

BILA MAHATHIR NAK TENGGELAM DI LAUT MERAH?

Nabi Musa as tidak pernah ke hulu ke hilir mengatakan "Firaun sangat takut dan bimbang dengan ana, itu fasal firaun fitnah ana macam-macam"

Nabi Musa juga tidak tuduh firaun takut dengan kemaraannya ke puncak kuasa telah menyebabkan firaun membuat pelbagai dakyah untuk menyekat kemaraan Nabi Musa.

Jauh...jauh sekali. Tidak layak langsung untuk dijadikan perbandingan Anwar itu ibarat Nabi Musa, Mahathir itu ibarat firaun. 

Maksud hidup dan matlamat Nabi Musa adalah untuk mengajak Firaun dan umat baginda menyembah hanya kepada Allah, dan tiada tuhan semuanya binasa melainkan Allah.

Matlamat dan maksud Anwar?  Tiada yang dikehendaki oleh Anwar melainkan kuasa, kuasa dan kuasa. Tiada yang lebih penting bagi Anwar melainkan kuasa, kuasa dan kuasa. Tiada cara melainkan semuanya halal asalkan matlamat mendapatkan kuasa tercapai.

Pembantu dan penyembah Anwar seperti Dr Razali Nawawi dan umat-umat yang sewaktu dengannya bagaimana pulak?

Tiada yang lebih layak memimpin negara melainkan Anwar. Tiada pemimpin yang paling bersih melainkan Anwar. Hanya Anwar, dan selain dari Anwar yang memimpin alamat negara akan binasa. Tiada penguasa yang paling layak untuk dipercayai dan diakui melainkan Anwar. 

Itulah di antara iktikad-iktikad yang wujud di dalam hati mereka-mereka yang telah terjerat hati dan jiwa mereka dari menerima  petunjuk dan hidayat Allah swt.

Apabila petunjuk dan hidayat sudah ditarik dari jiwa manusia, maka pergantungan manusia akan berpindah dari pergantungan semata-mata kepada Allah kepada pergantungan yang selain dari Allah. Manusia akan mula merasa dari takjub dan taksub dengan kehebatan Allah bertukar kepada takjub dan taksub kepada kehebatan yang selain dari Allah. 

Puak ini akan mencari helah dengan dibantu oleh bisikan iblis dan syaitan yang disangkanya ilham dan ilmu dari Allah, hingga tergamak dan tanpa rasa malu menyamakan kesucian perjuangan dakwah Nabi Musa as dengan kekotoran perjuangan Anwar yang hanya bermatlamatkan semata-mata untuk kemasyhuran kuasa dengan cara menghalalkan semua kaedah, asal kuasa dan pengaruh dapat digapai.

Hakikatnya, perjuangan Anwar terputus dan tiada hubungkait sama sekali dengan matlamat supaya semua manusia mengabdikan diri hanya semata-mata kepada Allah, sebagaimana matlamat perjuangan dan dakwah Nabi Musa as.

Jika Allah menzahirkan suaraNya melalui para malaikatNya, mungkin satu alam ini akan kedengaran suara "pooorrahh la Anwar". Nak samakan kesucian dakwah dan dugaan yang Allah swt berikan kepada Musa as dengan kekotoran perjuangan dan dugaan dan musibah yang diterima akibat dari perbuatan tangan-tangan Anwar sendiri!! 

Firaun tenggelam di Lautan Merah. Hingga hari ini bukan Mahathir yang tenggelam, sebaliknya Anwar yang tenggelam di dalam pelbagai lautan fitnah dan dusta yang diciptanya sendiri.

Friday, February 28, 2014

PRK KAJANG LUBANG KUBUR TERAKHIR.....

Rakyat Malaysia terlalu mudah "dibaham" pemikiran mereka oleh Anwar Ibrahim dan rakyat membaham saja apa yang diperkatakan oleh Anwar bukan disebabkan Anwar ini memang benar-benar pemimpin yang bersih dan amanah.

Bukan juga kerana Anwar bagus pentadbiran dan kepimpinannya sewaktu menjadi anggota kerajaan. Tiada apa yang signifikan untuk menafaat rakyat Malaysia yang diwariskan oleh Anwar untuk negara dan rakyat sewaktu beliau berkuasa, melainkan beliau meninggalkan segala kudis dan kotoran berupa budaya politik keji, rasuah, kronisma dan segala penyakit yang hari ini begitu subur di dalam UMNO dan kerajaan. Malah budaya ini sudah berkembang begitu pantas di dalam kem pembangkang yang dipimpinnya.

Ramai yang berpelajaran tinggi, anak muda dan alim ulamak menyokong Anwar bukan disebabkan Anwar benar-benar telah menjadi mangsa fitnah melakukan liwat, berzina dengan perempuan sundal ataupun Anwar ini seorang biseksual.

Anwar terlalu jauh dari "sifat bersih" dari segala gejala rasuah dan segala kelakuan luar tabie yang menjadi pertuduhan di mahkamah dan perbalahan umum. Malah Anwar lebih dahsyat kekotorannya. Waima jika dikumpulkan perangai lebih 10 orang dari pemimpin besar UMNO, mungkin belum mampu menyamai kekotoran dan kejijikan yang dilakukan oleh seorang bernama Anwar Ibrahim samada di dalam ehwal politik, kuasa mahupun ehwal peribadi.

Tetapi, persepsi umum yang telah terjerat dengan mitos kehebatan Anwar ini masih tetap yakin, makhluk Anwar ini sangat suci dari sebarang kekotoran rasuah mahupun kekotoran peribadi. Mereka memikirkan bahawa Anwar adalah satu-satunya pemimpin harapan yang ada di negara ini. Mereka begitu taksub menyatakan bahawa Anwar 100% bukan peliwat. Anwar 100% tidak menyundal dengan wanita-wanita pilihannya. Anwar 100% bukan perasuah dan Anwar 100% bukan pengamal politik jijik dan keji.

Satu golongan lagi pula 100% yakin Anwar ini sangat hebat ilmu pengetahuan agamanya dan mampu membaca ayat suci dan mentafsir hadis dengan bernas.

Satu golongan lagi pula sangat teruja dengan Anwar disebabkan pemikirannya yang begitu liberal dan boleh berkompromi dengan LGBT dan diterima pula pemikiran dan pendiriannya oleh penganut agama kristian tentang "gunasama" kalimah Allah.

Golongan cendikiawan dan ahli akademik serta pelajar universiti juga teruja dan terjerat pemikiran mereka dengan gaya Anwar yang versatile dalam pelbagai bidang. Di satu sudut mereka melihat Anwar seorang yang sangat ilmiah pendekatannya. Di satu sudut lagi mereka melihat Anwar begitu berketrampilan dalam memberi hujahan-hujahan samada di dalam hujah agama mahupun hujahan intelektual. Di satu sudut lagi pula, mereka melihat Anwar begitu prihatin dengan nasib golongan yang tertindas, miskin dan marhaen.

Anwar tidak bersalah dalam hal ini. Dia memang mahukan pengaruh dan sokongan ramai untuk memastikan hasrat dia menjadi Perdana Menteri dan berasa puas jika pemerintah berjaya ditumbangkan dengan tangannya sendiri.

Para pengikut, penyokong dan peminat Anwarlah yang "bersalah dan terbebal" secara tidak disedari kerana mereka "beranggapan" penilaian dan tanggapan mereka selama ini terhadap Anwar adalah betul dan tepat. Hakikatnya, merekalah yang menjerat pemikiran mereka sendiri dengan melihat dan menilai Anwar menurut personaliti dan ketrampilan luaran Anwar yang menawan, pelbagai gaya, hebat berhujah, suci perjuangan dan pada masa yang sama dilihat sering tertindas serta teraniaya oleh pihak musuh durjana.

Anwar berjaya menjadikan semua golongan termasuk para cendikiawan, golongan agamawan samada Islam mahupun bukan Islam, golongan muda dan terpelajar, malah golongan marhaen juga menjadi "mangsa pemujaan" terhadap dirinya.

Walau bagaimana pun, kita bernasib baik kerana semua yang berlaku dan terjadi di alam ini, tiada satu pun yang tidak berada di dalam pengetahuan Allah swt. Allah maha merancang atas tiap dan segala sesuatu.

Walaupun Allah swt mengizinkan Anwar dan memberikan pelbagai kelebihan kepada Anwar tanpa sekatan, sebagaimana Allah memberi kelebihan kepada Dajjal Al-Masih, malah turut membiarkan iblis dan syaitan menjadi pembantu kanan Anwar dalam usaha memporak-perandakan kehidupan aman harmoni negara ini, tetapi hingga kini Anwar masih tetap gagal dalam segala perencanaannya. 

Kita rakyat Malaysia akan terus berhadapan dengan pelbagai onak dan duri yang digerakkan oleh Anwar selagi dia hidup, dan pada masa yang sama kita juga akan terus melihat kegagalan demi kegagalan yang akan diterima oleh Anwar.

Apabila sampai waktu dan ketikanya Allah mahu menghinakan sesiapa yang dikehendakiNYa, maka akan jatuh hinalah sesiapa yang dikehendakiNya. Jika Allah mahu memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, maka akan mulialah sesiapa yang dikehendakiNya.

ANWAR MENANG MUDAH DI KAJANG. BN HAMPIR MENYERAH KALAH!!

Malapetaka paling besar buat umat Islam di Malaysia apabila agama, masjid dan surau digunakan oleh pemabuk kuasa untuk meraih pengaruh dan sokongan rakyat.

Malapetaka buat umat Islam negara ini akan lebih cepat lagi menerjah umat Islam apabila gejala mengguna agama, masjid dan surau ini disokong oleh para jemaah, ahli kariah dan mereka-mereka yang merasakan diri mereka sudah faham apa itu agama dan merasakan apa yang meraka lakukan ini adalah sebahagian dari amal Islami.

Lebih dahsyat lagi para jemaah dan ahli kariah ini membutakan mata penglihatan dan mata hati mereka dari menerima realiti bahawa segala isu seperti liberalisma, LGBT dan penggunaan kalimah Allah adalah di antara perjuangan dan amalan yang didokong oleh si penyampai tazkirah ini.

Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan pemikiran dan persepsi para jemaah dan ahli kariah ini yang sudah termakan, terkeliru dan teruja dengan "persembahan zahiriah" penyampai tazkirah ini dengan mengambil kesimpulan bahawa segala kemungkaran liberalisma, LGBT dan sokongan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian itu adalah semata-mata fitnah dan dusta yang dilakukan oleh pihak pemerintah terhadap pejuang LGBT ini.

Tiada sesiapa pun kalangan pemimpin negara ini yang mampu menggunakan ke dua-dua tempat ibadat, iaitu "masjid dan gereja sekali gus", untuk tujuan politik dan kuasa kecuali Anwar Ibrahim.

Wajah yang pelbagai ini berjaya mempelbagaikan sokongan dari pelbagai golongan etnik dan dari pelbagai anutan agama serta kepercayaan di atas platform masjid, gereja, etnicity, budaya dan adat resam semua agama yang dianuti oleh semua rakyat di negara ini.

Di hadapan kaum cina menyanyikan lagu pembakar semangat melayu, "anak kecil main api" untuk membakar sentimen cina. Di majlis agama dan adat kaum India menunjukkan kebolehan menyanyi dan menari resam India melebihi kemahiran yang di miliki oleh kaum India sendiri. Di dalam masjid pula dia memetik ayat, hadis dan kata-kata hikmah mengatasi alim ulamak dan para pujangga.

Semua ini berlaku secara bebas kerana pemerintah sudah hilang punca dan cara untuk menguruskan manusia yang menyerupai jelmaan dajjal ini.

Jelmaan Dajjal ini bersalah kerana mempergunakan pelbagai kebolehan untuk memukau manusia. Pemerintah pula lebih-lebih bersalah lagi kerana membiarkan manusia jelmaan dajjal ini terus memukau dan mempengaruhi manusia supaya menuruti segala kehendak dan kemahuannya semahu mungkin.

Pemerintah yang tidak punya pegangan dalam pimpinannya tidak mugkin mampu berhadapan dengan manusia jelmaan dajjal kerana iblis dan syaitan juga mempunyai keutamaannya sendiri.

Iblis dan syaitan mendokong segala kerja keji dan yang berupaya menambah kerosakan yang berlaku di kalangan umat. Tetapi jika wujud dua puak yang bertelagah dan amalan ke dua-duanya boleh mendatangkan kerosakan kepada agama dan umat seluruhnya, maka iblis dan syaitan akan mendokong puak yang paling berpotensi dan mampu mendatangkan kerosakan paling besar di dalam agama dan di kalangan umat.

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim dilihat lebih mendapat sokongan padu dari segala jenis iblis dan syaitan. Itu sebabnya dia bebas dan boleh masuk masjid, surau, gereja, kuil, biara dan segala tempat ibadat umat manusia.

Monday, February 24, 2014

APA PUN NAJIB AKAN TETAP BERSALAH DAN MEMANG LAYAK DIPERSALAHKAN!!

Anwar Ibrahim serang Syed Mokhtar Al Bukhary di depan kaum India di sebuah kuil di Kajang. Tidak sentuh pun kekayaan Ananda Krisnan, Robert Kuok atau pun Vincent Tan yang jauh lebih kaya mengatasi Syed Al Bukhary.

Joseph Kurup pula cadangkan supaya indentiti bangsa dihapuskan dari Kad Pengenalan.

Lain pula halnya yang ditimbulkan oleh Kassim Ahmad. Beliau mempertikaikan umat Islam yang mendewa-dewakan Nabi Muhammad, kekasih Allah swt yang "jika tidak kerana Muhammad ini, nescaya alam dan seluruh isinya tidak akan diwujudkan oleh Allah swt". 

Itu yang dikalamkan oleh Allah swt kepada Nabi Adam as. Malah Nabi Adam hanya diampunkan kesalahan setelah lebih 40 tahun bermunajat kepada Allah apabila baginda berdoa kepada Allah dengan bertawassul menyebut berkat nama Muhammad. Nabi Adam terbayang sudah pasti nama Muhammad itu sangat mulia kerana baginda melihat nama tersebut diletakkan sebaris dengan nama Allah di Luh Mahfuz.

Jika Kassim Ahmad tahu kisah ini sudah pasti beliau tidak tergamak mempertikaikan kemuliaan Muhammad saw, melainkan Kassim Ahmad tidak beriman dengan perkara-perkara ghaib.

Ke tiga-tiga isu yang ditimbulkan oleh ke tiga-tiga personaliti ini adalah bayangan kepada betapa kedudukan melayu/bumiputera dan kesucian Islam di negara ini semakin hari semakin tercabar dan terancam.

Anwar, penganut Islam dan berbangsa melayu campuran India. Kassim Ahmad, Islam dan melayu, manakala walaupun Joseph Kurup bukan penganut Islam, tetapi beliau adalah bumiputera.

Kassim Ahmad, kita tidak jelas apa agenda beliau apabila mempertikaikan Nabi Muhammad saw. Joseph Kurup juga tidak jelas, apakah beliau berniat untuk menghapuskan secara halus makna dan identiti bangsa melayu dan Islam menurut sepertimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

Cuma agenda Anwar Ibrahim saja yang ternampak jelas berbanding dengan halusnya agenda Joseph Kurup dan Kassim Ahmad. Di sini nampak Anwar sedikit bodoh berbanding dengan Kassim dan Joseph. 

Agenda Anwar pula terlalu mudah dikesan kerana gerakan yang sering  digunakannya terlalu "low class", setaraf dengan beberapa personaliti di kampong yang bersifat tamak haloba dan jahat hati yang selalu membawa onak masyarakat dengan cara mencerca, melaga, membuat fitnah dan berdusta demi tujuan untuk mencapai agenda diri. Dalam drama-drama TV, karakter macam Anwar ini sering diwujudkan oleh pengarah bagi tujuan menghidupkan jalan cerita. 

Itulah methodologi Anwar dalam menguruskan survival politiknya selama ini. Jadi, untuk menguruskan ragam Anwar ini sebenarnya sangat mudah. Semudah Tun Mahathir memecat dia. Cuma Pak Lah dan Najib saja yang tak tau cara. Konon nak bagi steroid yang boleh membunuh, akhirnya steroid yang diguna menyebabkan Anwar dilihat semakin kuat. 

Ke tiga-tiga personaliti ini dan yang sealiran dengannya boleh mengancam kedudukan dan keharmonian masyarakat jika terus-terusan dibiarkan oleh pemimpin dan pemerintah yang lemah dan tidak berdaya.    

Wednesday, February 19, 2014

UMNO/BN HAMPIR PASTI TUMBANG PRU14!!

BN, UMNO dan pimpinannya tidak akan dihormati oleh sesiapa lagi di kalangan rakyat, jika;

1. Pemimpin mereka terus "membungkam" dan tidak lagi mengerti apa maksud BN ditubuhkan (dijenama semula dari Perikatan, 1974).

2. Dan kenapa UMNO itu wujud, diwujudkan dan diterima oleh hampir seluruh umat melayu dan di dalam masa yang sama pemimpin UMNO ini diterima dan diiktiraf pula oleh lain-lain kaum sebagai pemimpin yang boleh dipercayai oleh kaum mereka.
  
Kehilangan kepercayaan umat melayu terhadap pimpinan UMNO dan hilangnya sifat "hormat dan akur" di dalam jiwa kaum cina dan India terhadap UMNO dan kepimpinannya, adalah musibah terbesar terhadap kehidupan bernegara dan keharmonian hidup rakyat.

Anwar Ibrahim yang sama, begitu mudah diuruskan oleh kepimpinan Tun Razak dengan hanya menyumbat kaki berontak ini ke Kemunting.

Anwar Ibrahim yang sama ini juga yang akhirnya akur dengan kekuatan serta pengaruh UMNO dan BN di kalangan rakyat dengan mencari jalan menganggotai UMNO dan akhirnya berjaya sampai ke tangga ke2 kepimpinan negara. Struktur parti yang kuat dan disokong oleh majoriti rakya, bukan individu pemimpin parti yang kuat. 

Anwar hanya kuat di dalam sebuah parti yang kuat. Bukan Anwar saja, sesiapa saja ketika itu yang menjadi pemimpin UMNO akan menjadi kuat secara otomatik. Hakikatnya parti dan organisasi itulah yang kuat.

Anwar Ibrahim yang sama juga yang telah dipecat dari UMNO dan kepimpinan negara. Anwar ini jugalah yang berjaya dikekang kekuatannya oleh UMNO dan kepimpinannya setelah beliau terkeluar dari UMNO dan memimpin parti pembangkang.

Kepimpinan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Tun Mahathir terus berjaya mempertahankan sebuah kerajaan yang kuat dengan bekalan kuasa 2/3, walaupun menempuh cabaran getir yang digerakkan oleh Anwar yang sama ini.

Tetapi, Anwar Ibrahim yang sama inilah juga yang akhirnya berjaya memecahkan kekuatan 2/3 UMNO dan BN, hingga negara ini mewarisi kerajaan yang lemah di zaman Pak Lah dan Najib.

Di sini jelas boleh difahami bahawa masalah kelemahan kerajaan yang memerintah hari ini bukan disebabkan oleh kekuatan Anwar ibrahim itu bertambah. Kelemahan kuasa dan lengaruh BN dan UMNO di kalangan rakyat adalah disebabkan oleh pemimpin dan kepimpinan UMNO/BN yang lemah.

Kekuatan dan pengaruh tertinggi dan terhebat Anwar Ibrahim adalah pada ketika dia dipecat dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Kekuatan pengaruh bercampur dengan sentimen simpati begitu tinggi terhadap beliau. Ketika itu Anwar paling kuat dan berpengaruh. Pengaruh beliau pada 2008 dan 2013 jauh lebih berkurangan dari kekuatan yang beliau miliki pada tahun 1999.

Persoalannya, kenapa pengaruh beliau ketika beliau dalam keadaan begitu kuat dapat dikekang dan kenapa ketika pengaruh beliau dalam keadaan sudah merosot pada 2008 dan 2013 pula pihak pembangkang berjaya memecahkan kekuatan kuasa UMNO/BN, hingga banyak negeri yang tumbang?

Semua ini jelas membuktikan bahawa masalah pokoknya bukan Anwar atau pembangkang sudah bertambah kuat dan disokong oleh rakyat.

MASALAH SEBENARNYA ialah pemimpin dan kepimpinan tunjang BN, iaitu UMNO sudah terlalu lemah untuk mempertahankan kuasa mereka. 

1. Komponen BN dan pemimpin kaum-kaum utama yang lain sudah hilang rasa "hormat dan akur" terhadap kepimpinan UMNO.

2. Ramai kalangan umat melayu sudah hilang percaya kepada kepimpinan UMNO yang ada.

3. Kaum-kaum lain pula melihat merosotnya sokongan orang melayu terhadap UMNO sebagai suatu peluang keemasan bagi mereka untuk mewujudkan kuasa tawar-menawar di dalam keadaan politik dan kepimpinan melayu yang semakin lemah.

4. Akhirnya wujudlah situasi tidak menentu yang kita rasai dan hadapi pada hari ini.

Rumah tiang 14 komponen Barisan Nasional ini tidak akan diyakini lagi untuk didiami jika tiang utama kepimpinan BN ini sudah lemah dan boleh dimakan anai-anai. Tiang seri ini sepatutnya tidak lut dimakan anai-anai. 

Hari ini tiang utama ini begitu lemah dan longlai. Mudah alah dengan tekanan samada tekanan dari rakan komponen, mahupun tekanan dari luar.

Tiang ini dulu bukan saja kuat, malah ia lebih kuat lagi apabila dibalut pula dengan ISA yang kalis anai-anai dan makhluk perosak.

Hari ini, tiang ini tidak lagi kuat seperti batang ponak, sebaliknya hanya setaraf dengan batang "loban" yang lampung di dalam. Siqpa yang nak percaya buta dan hanya bertaklid dengan keyakinan bahawa UMNOlah satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan maruah agama, bangsa dan tanah air?

Ganti semula kepimpinan UMNO ini dengan kekuatan "ponak"! 

Selagi kepimpinan UMNO ini dibarisi oleh pemimpin bertaraf "loban" yang lampung di dalam, anai-anai Anwar Ibrahim yang sama yang gagal memamah kekuatan pemimpin ponak suatu ketika dulu akan begitu mudah memamah pemimpin loban yang akhirnya akan menyebabkan UMNO dan BN rebah menyembah bumi pada PRU14 akan datang.

Tuesday, February 18, 2014

ANWAR BERJAYA PERKOTAK-KATIKKAN BN DAN PARA PEMIMPIN UMNO!!

Anwar Ibrahim nampaknya sedang membawa rakyat pelbagai agama di negara ini ke tangga terakhir sebelum bertempur di medan pertembungan yang bakal menghancurkan nikmat kehidupan yang berbentuk keharmonian kaum, agama dan budaya hormat-menghormati identiti, maruah serta budaya masing-masing kaum di negara ini.

Dalam situasi sebegini selalunya sudah berlaku intervensi undang-undang dari pihak berkuasa bagi mengekang ancaman dan bahang permusuhan kaum dan agama yang berpotensi untuk berlaku.

Tapi masalahnya, kerajaan BN seolah-olah sudah kaku dan tidak lagi punya daya dan kekuatan untuk menghentikan semua risiko ancaman yang hanya menunggu tempoh matang untuk berlaku.

BN seolah-olah sudah berserah kepada nasib sahaja. "Kalau tak berlaku kehancuran, alhamdulillah. Kalau berlaku apa boleh buat. Itu sudah kehendak tuhan. Semua ini kerana Anwar Brahim. Kalau setan ini taada, amanlah negara ini". Itu sahajalah nampaknya kudrat yang masih ada kepada para pemimpin BN.

Percayalah. Anwar Ibrahim hanyalah ikon yang dicipta oleh Allah swt sebagai ujian untuk umat Islam di negara ini. Di sisi Allah, Anwar atau sesiapa sahaja tidak mampu memberi bekas. Tidak mampu memberi benafaat mahupun mudarat walaupun secalit.

Setiap zaman sememangnya Allah swt wujudkan manusia yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim. TujuanNya hanya untuk menguji umat Islam atau hamba2Nya. Manusia seperti ini hanyalahah "suatu jisim atau bahan ujikaji" Allah buat umat Islam berfikir, menilai dan menjaga keimanan mereka.

Pemimpin atau puak yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim ini dulu dikenali sebagai pembawa berita dusta dan fitnah. Ada juga yang menamakannya dengan golongan munafik. Ada juga yang dilabel dengan nama pemecah belah umat. Di akhir zaman ia lebih popular dengan nama pengikut Dajjal Al masih. Setiap zaman, wilayah atau benua akan wujud manusi sebegini.

Di zaman nabi saw, wujud Abdullah bin ubai dan 82 orang munafik lagi yang sewaktu dengannya.

Di zaman Umar, Othman dan Ali juga wujud manusia yang sewaktu dengannya sehingga ke tiga-tiga mereka mati dibunuh.

Di zaman Muawiyyah, Abbasiyah dan Othmaniah juga wujud puak yang menjadi ikon pemecah belah masyarakat.

Di zaman Kesultanan Melaka juga tetap dihantar oleh Allah swt manusia yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim.

Ada kalanya pihak pemerintah berjaya membendung puak sewaktu dengan Anwar ini. Adakalanya gagal dan musnah seperti kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan Othmaniah Turki. Ia terletak kepada pihak pemerintah itu sendiri. Kalau pemerintah lemah, maka berjayalah puak ini dan hancurlah masyarakat. Jika pihak pemerintah tegas dan diberi petunjuk, maka berjayalah mereka membendungnya, dan selamatlah masyarakat yang dipimpin.

Jika pihak pemerintah benar-benar yakin bahawa mereka di pihak yang benar, tiada apa yang harus ditakutkan untuk melaksanakan intervensi perundangan yang sudah sampai ketikanya "wajib dikuatkuasakan" bagi mengekang bahaya lebih besar yang bakal berlaku hasil dari "kerja fasiq" yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Menurut firasat bangang saya, pihak pemerintah yang ditunjangi Barisan Nasional hari ini akan gagal membendung "kerja fasiq" Anwar ini dari berkembang. Negara ini hanya menunggu ketikanya sahaja untuk menerima musibah hasil dari kelemahan dan kegagalan pimpinan BN membendung isu ancaman ini dengan langkah yang sewajarnya.

Alamatnya, kita tunggu sahaja kehancuran yang bakal berlaku